08 November 2009

Negeri Sembilan juara Piala Malaysia

0 comments

Utusan Malaysia:

SELEPAS 61 tahun menanti, Negeri Sembilan akhirnya berjaya muncul juara Piala Malaysia 2009 dengan menewaskan Kelantan 3-1 pada perlawanan akhir, malam tadi.

Selepas tiga kali mencuba, baru tahun ini Negeri Sembilan yang dibimbing oleh Wan Jamak Wan Hassan dapat menebus kegagalan tewas kepada Perak dan Perlis pada tahun 2000 dan 2006 lalu.

PEMAIN-PEMAIN Negeri Sembilan diketuai Reezal Zambery Yahya (julang trofi) meraikan kejayaan muncul juara Piala Malaysia 2009 bersama rakan sepasukan lain selepas menerima trofi daripada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam tadi.

Kenapa lama tak update?

0 comments
Kenapa lama sangat tak update?

Mungkin itulah beberapa persoalan yang timbul setelah beberapa bulan blog ini tidak diaktifkan dan dibuang segala isi kandungannya.
Saya memohon seribu kemaafan kepada para pembaca atas bebrapa sebab yang tak dapat dielakkan.

Tambahan pula,tema blog ini saya tukar kepada blog rasmi.Insya allah kupasan dan pendapat semasa serta hal-hal yang boleh dikongsi untuk manfaat bersama akan saya postkan di dalam blog rasmi ini insya allah.

Blog tidak rasmi saya akan diumumkan beberapa ketika lagi insya allah.