04 April 2010

Antara KFC dan RFC

0 comments


Tanggal tahun 2008,Radix Fried Chicken (RFC) yang bernaung di bawah syarikat HPA Industries (Herba Penawar Al-Wahida) telah membuka cawangan pertamanya di Sungai Petani,Kedah Darul Aman.Sambutan yang diterima amat menggalakkan.Orang ramai sanggup beratur panjang sejam lamanya untuk mencuba jenama baru ini.Seratus-pertaus milik bumiputera.

Dari segi strategi pengembangannya,RFC mengambil langkah yang agak berbeza dengan perniagaan-perniagaan lain yang kebiasaannya mengambil strategi pengembangan perniagaan mereka melalui sistem Franchise.RFC menawarkan kontrak secara islam,Mudharabah kepada pemodal-pemodal dengan nilai modal sebanyak RM 1.5 juta.Akan tetapi pengurusan cawangan semuanya diuruskan oleh pihak RFC dan untung akan dikongsi bersama pemodal setiap bulan dengan nisbah 50:50 bersama kontrak selama 5 tahun.

Secara peribadi,saya menyokong penuh langkah yaang diambil oleh RFC ini walaupun ia kelihatan agak janggal.Hal ini adalah kerana dengan dominasi ekonomi yang dikuasai oleh orang Islam pada hari ini,kebarangkalian untuk mereka menyertai sistem perniagaan franchise agak sedikit (Memang ada tapi ia baru di tahap permulaan).Kebanyakan perniagaan franchise pada hari ini didominasi oleh orang-orang bukan Islam.Jika sistem franchise dibuat di dalam RFC,saya yakin RFC akan berkembang dengan pantas (sistem sedia ada pun dah nampak rancak tanpa guna sistem franchise),tetapi kemungkinan akan berlaku dominasi-dominasi cawangan RFC dan penguasaan-penguasaan cawangan oleh orang-orang bukan Islam seperti yang terjadi di syarikat-syarikat franchise yang lain.

Cukuplah dengan dasar British yang meninggalkan negara kitta dengan memberikan pengurusan kekayaan sumber alam kepada orang-orang yang bukan Islam.Sekarang kita mesti survive dalam situasi yang telah "disetting" oleh British.Bukan untuk melumpuhkan perniagaan orang-orang bukan Islam,tetapi untuk mewujudkan keseimbangan dan alternatif serta pilihan-pilihan pasaran yang lebih kompetitif dan berdaya saing.

Dalam pada itu, timbul pula di laman-laman forum Internet yang menjangkakan apakah dominasi KFC selepas ini akan diambil alih oleh RFC?Di samping kempen boikot barangan Amerika yang dilancarkan oleh badan-badan islam di seluruh dunia pada waktu ini.

KFC adalah perniagaan franchise yang kini telah diambil alih oleh Jcorp(Johor Corporation) untuk premis-premis di semenanjung malaysia dan beberapa premis di Singapura dan Brunei.
Penguasaan Jcorp ke atas franchise KFC di Malaysia adalah satu kejayaan yang amat membanggakan.

Logo Jcorp


Tan Sri Dato' Ali Hashim ialah Pengarah Urusan Jcorp.Beliau juga adalah ahli tertinggi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM).



Mengulas lebih lanjut hal antara KFC dan RFC ini,saya kemukakan beberapa perbandingan di bawah:

KFC
Kebaikan:
-Mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat.
-Oleh kerana KFC adalah termasuk dalam kategori pelaburan langsung asing (FDI),
ia menyumbangkan pertumbuhan ekonomi kepada negara.
-Merupakan sumber cukai kerajaan yang digunakan untuk membiayai perbelanjaan negara dan membayar gaji kakitangan kerajaan.

Keburukan:

-Johor corporation membayar 5 peratus daripada hasil keuntungannya sebagai sewa penjenamaan kepada KFC .
-Memberikan sumbangan ekonomi kepada Amerika yang menggunakan hasil wang itu untuk menindas negara-negara ummat Islam.



RFC:
Kebaikan:
-Meningkatkan taraf kehidupan dan penguasaan ekonomi dalam kalangan ummat Islam.
-Produk halal yang diyakini.
-Melalui produk alternatif ini,ia dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi domestik dan mengurangkan wang ringgit mengalir ke luar negara.

Keburukan:

-Antara dasar monetari berat sebelah IMF dan bank dunia ke atas negara-negara islam ialah mereka hanya membenarkan sesebuah negara anggota membangun atas kekuatan pelaburan asing.Jika terdapat syarikat-syarikat tempatan yang kelihatan mencabar dominasi syarikat-syarikat mereka,pelbagai sekatan dan polisi akan dikenakan dan ini akan memberikan kesan yang amat buruk kepada pembangunan negara.
-Jika KFC di Malaysia lumpuh,secara tidak langsung sumber pelaburan langsung asing (FDI) negara akan terjejas teruk dan ini akan menguncupkan pertumbuhan ekonomi tempatan.


Kesimpulannya yang dapat saya berikan,benarlah apa yang dikatakan oleh pejuang-pejuang Islam lampau yang mengatakan bahawa sesungguhnya Islam itu tidak akan tertegak melainkan dengan adanya Khilafah.

Dalam hal KFC dan RFC ini pun dapat kita lihat bahawa kita sekarang tersepit antara maslahah dan darurat.Antara pembangunan dan maslahah ummah .Oleh itu,kita harus bijak untuk survive di dalam sistem sedia ada dengan ketiadaan Khilafah.Pandangan ulama harus dihormati dan jangan dipandang enteng hanya dengan pandangan sebelah mata.

Adalah tidak patut jika kita hanya terlalu mementingkan pembangunan negara tanpa memikirkan tertegaknya khilafah dan adalah tidak patut juga kita hanya memikirkan tertegaknya khilafah tetapi tanpa disusuli dengan strategi-strategi sulit yang berkesan ke arah itu.

Saya berdoa agar dijauhkan daripada ancaman pemikiran liberalisma dan sekularisma yang kini sedang giat dilancarkan di dalam semua bidang sama ada politik,ekonomi,dan sosial.

Wassalam.