28 August 2010

Sistem perbankan Islam:Adakah benar-benar Islamik?

0 comments
Petikan semula daripada tulisan saya yang telah disumbangkan kepada Buletin Al-Islah:



Dalam mengharungi arus globalisasi yang dicipta oleh para modernis kontemporari kini,sudah pastinya kita sebagai ummat Islam tidak lari daripada cabaran untuk mengamalkan nilai-nilai yang diajar di dalam Al-Quran dan As-Sunnah sama ada dalam konteks politik,sosial,mahupun ekonomi.

Dalam konteks ekonomi pula, sebagai contoh yang menjadi entri artikel kali ini ialah berkenaan dengan sistem perbankan Islamik.Adakah ia benar-benar Islamik seperti yang didakwa oleh pelbagai pihak?

Hal ini timbul apabila pihak Bank Islam mengenakan penambahan jumlah pembayaran semula ke atas pinjaman yang diberikan oleh mereka. Walhal umum mengetahui bahawa"sebarang pertambahan jumlah pembayaran semula ke atas pinjaman yang dibuat dikira sebagai riba".

Pengaruh sistem monetari antarabangsa ke atas bank-bank di seluruh dunia.

Dalam menjelaskan penambahan jumlah pembayaran semula pinjaman yang dikenakan oleh bank-bank Islam kepada pelanggannya, perkara asas yang perlu diketahui ialah bagaimana perkara ini boleh terjadi dan mengapa perkara sebegini dilabelkan sebagai "Islamik".

Sebelum pergi lebih jauh,adalah menjadi kewajipan umum untuk memahami siapa sebenarnya yang memiliki wang-wang kita pada hari ini .Jika pada zaman kegemilangan Islam dahulu,kita menggunakan wang dinar dan dirham emas yang diambil dari dalam tanah yang mana tiada sesiapa yang berkuasa ke atas kawalan jumlah dan pengedaran dinar dalam pasaran.

Tetapi,situasi kita pada hari ini jauh berbeza daripada situasi zaman dahulu.Wang-wang yang kita miliki hari ini sebenarnya dicetak dengan authoriti Bank Dunia..Jumlah wang yang berada dalam pasaran dikawal sepenuhnya oleh Bank Dunia ini.Setiap bank pusat seluruh dunia mendapatkan wang untuk negara masing-masing daripada Bank Dunia.Tetapi wang yang diberikan ini bukanlah sebagai hadiah kepada kerajaan,tetapi ia adalah pinjaman.Wang inilah yang dibekalkan kepada bank-bank tempatan.Dari sinilah bermulanya survival bank islam untuk hidup dalam pengaruh sistem konvensional yang berasaskan hutang.

Secara methodologinya,dapatlah dibuat ringkasan seperti berikut.

1.Bank Dunia mengeluarkan wang untuk sesebuah negara dengan dikenakan faedah.Kadar faedah ini boleh berubah pada bila-bila masa mengikut keadaan yang dirasakan sesuai oleh Bank Dunia.

2.Bank pusat sesebuah negara menerima wang ini.Sebahagiannya dijadikan wang simpanan untuk bekalan pada masa hadapan dan sebahagian lagi dipinjamkan kepada bank-bank tempatan seluruh negara dengan dikenakan faedah mengikut kesesuaian bank pusat.

3.Bank-bank tempatan yang menerima dana daripada bank pusat ini memberikan pinjaman kepada pelanggan masing-masing dengan dikenakan faedah.

4.Untuk menampung jumlah faedah yang tidak menentu ini,maka perlunya pelaburan luar negara dibuat,penarikan pelabur asing untuk menambahkan dana dalam negara,merancakkan aktiviti export dan sebagainya.

Salah satu methodologi survival Bank Islam di bawah pengaruh dasar monetari konvensional


Berbalik kepada fokus perbincangan di peringkat awal tadi berkenaan penambahan jumlah pembayaran semula pinjaman yang dikenakan Bank Islam ke atas pelanggannya,inilah salah satu punca utama mengapa bank Islam mengenakan penambahan jumlah dalam bayaran semula pinjaman.Faktor utamanya ialah sistem monetari global itu sendiri.

Oleh yang demikian,adakah ini menunjukkan bahawa bank Islam tidak ada bezanya dengan bank konvensional??Tidak sama sekali..

Bank Islam mengenakan kadar peratusan pembayaran semula yang tetap mengikut akad yang dipersatujui oleh pelanggan.Ini boleh mengelakkan daripada berlakunya spekulasi yang boleh menjatuhkan sistem kewangan itu sendiri..Sebagai contoh,peminjam meminjam daripada Bank Islam sebanyak RM 100,000 dan berjanji untuk membayar semula sebanyak RM 130,000 dalam masa 10 tahun dengan kadar tetap 30 peratus. Dalam tempoh ini,tidak akan berlaku sebarang penambahan jumlah pembayaran yang perlu dibayar oleh peminjam.

Berbanding dengan sistem perbankan konvensional,peminjam yang membuat pinjaman tidak mempunyai kadar pembayaran semula yang tetap. Perubahan ini boleh berlaku pada bila-bila sahaja tambahan pula jika berlaku kelewatan pembayaran.Ini akan menggalakkan spekulasi yang sangat besar yang boleh mengundang kepada kepincangan sistem itu sendiri.Sebagai contoh,bank memberikan pinjaman sebanyak RM 100,000 kepada peminjam dengan dikenakan faedah 5 tahun pertama sebanyak 30 peratus.Tetapi jika peminjam lewat membayar bayaran bulanan seperti yang ditetapkan,maka peminjam akan dikenakan cas/bayaran tambahan.Dengan cara ini,bank boleh mengaut keuntungan sesuka hati mereka.Jika di Bank Islam,peminjam sudah bersetuju untuk membayar semula pinjaman yang dibuat dengan jumlah RM 130,000..Tetapi jika di bank konvensioanal,jumlah itu mungkin boleh berubah pada bila-bila masa.

Kesimpulan


Walupun dunia hari ini dimomokkan dengan berbagai unsur-unsur yang jauh daripada fitrah insan,tetapi kebenaran itu tetap akan terserlah.Cuma masanya yang cepat atau lambat yang menentukan.

Sungguhpun dunia hari ini diikat dengan pengaruh riba global dan sistem kewangan global yang berasaskan riba,kebaikan sistem Islam itu masih menyerlah walaupun secara logiknya ia kelihatan sukar untuk direalisasikan.

Perkembangan pasaran sukuk (hutang kerajaan kepada pemberi hutang secara Islam) dan dasar-dasar perbankan tempatan yang mengurangkan spekulasi,merancakkan lagi perkembangan sistem Islam itu yang hidup dalam pengaruh sistem riba pada hari ini.Malah pasaran sukuk yang berkembang ini menambahkan lagi jumlah pendapatan negara-negara Islam dan meyakinkan syarikat asing untuk melabur dalam negara Islam.

Tambahan pula,syarikat-syarikat luar negara sendiri lebih mengutamakan negara yang mempunyai sistem kewangan yang kukuh untuk mengelakkan pelaburan mereka menjadi mangsa kepada spekulasi.

Almaklum,perlu diingat,sistem Islam itu bukanlah hanya digunakan untuk memudahkan negara menarik pelabur asing untuk menambahkan jumlah pendapatan jangka pendek,tetapi lebih daripada itu..Orang Islam harus menguasai bidang-bidang penting ekonomi untuk memenuhi tuntutan fardhu kifayah yang kian terabai..Semoga pada masa akan datang nanti lahirnya banyak syarikat-syarikat korporat Islam yang membantu menguatkan langkah dan barisan dalam perangkaan untuk menegakkan kembali kalimah Allah di muka bumi ini.Ameen ya rabbal alamin.



15 August 2010

Penggunaan Dinar Kelantan dan persamaannya dengan perdagangan Malaysia-Iran.

3 comments

Pengumuman secara rasmi kerajaan Kelantan tempoh hari untuk menggunakan Dinar Kelantan sebagai alat pertukaran bagi pasaran dalam negara memberikan tamparan yang cukup hebat terutamanya yang melibatkan bidang kuasa kerajaan persekutuan,kerajaan negeri,dan bank negara itu sendiri.Menurut bank negara,hanya bank negara sahaja yang berhak mengeluarkan matawang untuk digunakan di dalam pasaran sebagai pengukur nilai.

Lidah rasmi kerajaan bagaimanapun menjelaskan bahawa penggunaan Dinar kelantan tersebut hanya boleh digunakan di lebih 1000 cawangan premis-premis yang terpilih dan hanya akan digunakan apabila berlaku persetujuan kedua-dua belah pihak (pembeli dan penjual).

Pada pandangan peribadi,saya menyokong tindakan yang dibuat oleh kerajaan Kelantan kerana ini adalah bagi maslahah kelangsungan hidup rakyat Kelantan kini sebagai satu alternatif untuk menghadapi krisis politik antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan yang berlanjutan sejak sekian lama.

Hal ini adalah Kelantan merupakan satu negeri yang kaya dengan sumber asli dan bahan mentah.Malangnya keadaan tidak mengizinkan agar imbalan sumber asli itu dapat dirasai hasilnya oleh rakyat Kelantan.

Oleh itu,keadaan semasa yang berlaku tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak meningkatkan taraf hidup penduduk Kelantan..Jika tidak boleh dimanfaatkan dalam pasaran luar negeri Kelantan,maka pasaran dalam negeri Kelantan boleh dimanfaatkan..Penggunaan Dinarlah yang menjadi jawapannya..

Dinar merupakan satu komoditi yang nilainya semakin meningkat tahun demi tahun..Individu atau kumpulan korporat yang mempunyai dinar boleh menjadikannya sebagai penyimpan nilai untuk masa hadapan..Sama seperti nilai tanah yang sentiasa meningkat..

Mengikut pengamatan saya sendiri,langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Kelantan ini menyamai dengan langkah yang diambil oleh Kerajaan Malaysia yang bersetuju menggunakan satu alat pertukaran khas (Dinar) untuk melakukan aktiviti perdagangan dengan negara Iran..

Iran adalah sebuah negara yang menerima tekanan yang hebat daripada Amerika Syarikat khasnya dalam bidang politik dan ekonomi..Iran juga merupakan antara negara yang tidak berdaftar dengan IMF dan Bank Dunia sebagai sumber luar sistem kewangan dalaman negara tersebut..

Sungguhpun begitu,kerajaan Malaysia tidak menyia-nyiakan peluang dan manfaat yang boleh diperolehi daripada Iran..Maka satu mesyuarat pun diadakan..Malaysia menghantar wakilnya ke Iran dan mereka mengadakan mesyuarat di bilik kebal bawah tanah semasa berlakunya krisis dalaman di Iran..Akhirnya satu persetujuan dicapai iaitu penggunaan Dinar sebagai pertukaran perdagangan antara Malaysia dan Iran..

Kesimpulan yang boleh diperolehi daripada dua peristiwa di atas ialah:

1.Kongkongan kewangan mahupun sistem yang dicipta oleh pihak luar boleh diatasi asalkan perlu berusaha keras ke arah itu.

2.Pemikiran dan analisa yang jauh dan panjang boleh membawa dan mencipta keharmonian sungguhpun dalam kekusutan dan tekanan yang berpanjangan.

3. Penyesuaian dan manipulasi keadaan persekitaran ke arah kebaikan amat penting agar kelangsungan hidup rakyat dapat diteruskan.