26 March 2010

Kesepakatan global menjamin kesejahteraan ummat.


Kita kini sedang mengharungi berbagai cabaran politik,ekonomi,dan sosial.Berhadapan dengan propaganda pihak luar yang menginginkan kemusnahan sesebuah negara terutamanya negara-negara Islam melalui polisi-polisi yang menghalang kepada pembangunan sesebuah negara.Polisi IMF dan bank dunia yang menidakkan pembangunan taraf hidup dan revolusi perindustrian terutamanya kepada negara-negara Islam.

Alhamdulillah negara kita (Malaysia) mampu untuk survive dan membangunkan ekonominya sendiri di bawah sistem dunia yang tidak adil dan berat sebelah.Kita sudah mampu bergerak dengan acuan sendiri sungguhpun dalam kekalutan politik dalaman dan serangan pemikiran oleh pihak luar.Cumanya pembahagian kekayaan domestik yang tidak adil menjerumuskan negara kepada kekecohan politik yang tidak sihat di samping pihak lain yang cuba mengambil kesepatan di sebalik kekecohan politik yang berlaku antara orang islam sesama orang islam.

Pembangunan industri pembinaan,sistem kewangan islam yang semakin berkembang,pembinaan hubungan diplomatik antarabangsa memberikan peluang pasaran yang lebih meluas kepada Malaysia untuk pembangunan ekonominya.

Tetapi harus diiingat bahawa selagi mana tidak ada satu pemerintahan Islam pusat (Khilafah),selagi itulah pembangunan global yang bersepadu meliputi negara-negara islam tidak akan tercapai. Hal ini adalah kerana hanya beberapa negara saja yang maju tidak mampu untuk membina satu kekuatan politik dan ekonomi global.Tetapi kerjasama dan perkongsian kepakaran antara negara-negara islam itulah yang akan memberikan satu kekuatan tulen sungguhpun ia memakan masa yang agak lama dengan tekanan daripada pihak-pihak yang bencikan Islam yang berselindnng atas nama polisi antarabangsa,keamanan sejagat,bangsa-bangsa bersatu,yang jelas hanyalah sebagai omongan kosong semata-mata.

Pembangunan sesebuah negara yang bukan dibangunkan oleh kekuatan negara itu sendiri,tetapi adalah kerana penarikan pelabur-pelabur asing yang berjaya dilobi,tidak akan mampu untuk bertahan lama.Jika pelabur-pelabur asing ini lari dan tutup kilang,maka rakyat akan kehilangan pekerjaan dan pembangunan terbantut.Akhirnya negara hanya bergelumang dengan masalah-masalah sebegini berdekad lamanya.Sebab itulah pentingnya sebuah negara bangun atas kekuatan sendiri,bukan atas kekuatan orang lain dan hanya menjadi kaki ampu dan tukang bodek untuk memperoleh kekayaan domestik..Hal ini hanya boleh diselesaikan melalui pembentukan khilafah yang mapan melalui jamaah-jamaah Islam di seluruh dunia.Walaupun lambat,tetapi percayalah inilah jalan yang kukuh dan mantap.

Ayuh,kita jalankan tugas masing-masing.Setiap individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu,memberikan sumbangan untuk pembangunan negara (jangka masa sederhana) dan pembangunan kesatuan negara-negara islam (jangka masa panjang). Bergerak di atas platform masing-masing.Mengenepikan perbezaan-perbezaan pendapat yang mengundang kepada perpecahan ummat.Bersatu dalam pembangunan ummah dan menghormati perbezaan pendapat dalam hal-hal cabang,inilah salah satu asas yang perlu kita pegang untuk masa depan generasi-generassi yang akan datang.

.وتعاونو على البر والتقوى ولا تعاونوا على الإثم والعدوان

No comments:

Post a Comment