15 August 2010

Penggunaan Dinar Kelantan dan persamaannya dengan perdagangan Malaysia-Iran.


Pengumuman secara rasmi kerajaan Kelantan tempoh hari untuk menggunakan Dinar Kelantan sebagai alat pertukaran bagi pasaran dalam negara memberikan tamparan yang cukup hebat terutamanya yang melibatkan bidang kuasa kerajaan persekutuan,kerajaan negeri,dan bank negara itu sendiri.Menurut bank negara,hanya bank negara sahaja yang berhak mengeluarkan matawang untuk digunakan di dalam pasaran sebagai pengukur nilai.

Lidah rasmi kerajaan bagaimanapun menjelaskan bahawa penggunaan Dinar kelantan tersebut hanya boleh digunakan di lebih 1000 cawangan premis-premis yang terpilih dan hanya akan digunakan apabila berlaku persetujuan kedua-dua belah pihak (pembeli dan penjual).

Pada pandangan peribadi,saya menyokong tindakan yang dibuat oleh kerajaan Kelantan kerana ini adalah bagi maslahah kelangsungan hidup rakyat Kelantan kini sebagai satu alternatif untuk menghadapi krisis politik antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan yang berlanjutan sejak sekian lama.

Hal ini adalah Kelantan merupakan satu negeri yang kaya dengan sumber asli dan bahan mentah.Malangnya keadaan tidak mengizinkan agar imbalan sumber asli itu dapat dirasai hasilnya oleh rakyat Kelantan.

Oleh itu,keadaan semasa yang berlaku tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak meningkatkan taraf hidup penduduk Kelantan..Jika tidak boleh dimanfaatkan dalam pasaran luar negeri Kelantan,maka pasaran dalam negeri Kelantan boleh dimanfaatkan..Penggunaan Dinarlah yang menjadi jawapannya..

Dinar merupakan satu komoditi yang nilainya semakin meningkat tahun demi tahun..Individu atau kumpulan korporat yang mempunyai dinar boleh menjadikannya sebagai penyimpan nilai untuk masa hadapan..Sama seperti nilai tanah yang sentiasa meningkat..

Mengikut pengamatan saya sendiri,langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Kelantan ini menyamai dengan langkah yang diambil oleh Kerajaan Malaysia yang bersetuju menggunakan satu alat pertukaran khas (Dinar) untuk melakukan aktiviti perdagangan dengan negara Iran..

Iran adalah sebuah negara yang menerima tekanan yang hebat daripada Amerika Syarikat khasnya dalam bidang politik dan ekonomi..Iran juga merupakan antara negara yang tidak berdaftar dengan IMF dan Bank Dunia sebagai sumber luar sistem kewangan dalaman negara tersebut..

Sungguhpun begitu,kerajaan Malaysia tidak menyia-nyiakan peluang dan manfaat yang boleh diperolehi daripada Iran..Maka satu mesyuarat pun diadakan..Malaysia menghantar wakilnya ke Iran dan mereka mengadakan mesyuarat di bilik kebal bawah tanah semasa berlakunya krisis dalaman di Iran..Akhirnya satu persetujuan dicapai iaitu penggunaan Dinar sebagai pertukaran perdagangan antara Malaysia dan Iran..

Kesimpulan yang boleh diperolehi daripada dua peristiwa di atas ialah:

1.Kongkongan kewangan mahupun sistem yang dicipta oleh pihak luar boleh diatasi asalkan perlu berusaha keras ke arah itu.

2.Pemikiran dan analisa yang jauh dan panjang boleh membawa dan mencipta keharmonian sungguhpun dalam kekusutan dan tekanan yang berpanjangan.

3. Penyesuaian dan manipulasi keadaan persekitaran ke arah kebaikan amat penting agar kelangsungan hidup rakyat dapat diteruskan.

2 comments:

  1. salam.

    tumpang tanya, setakat ini bagaimana perkembangan penggunaan dinar di kelantan?

    bagaimana harga2 barangan di kelantan didalam dinar?(maksud saya, kalau harga sepinggan nasi kosong adalah rm1, berapakah nilainya dalam matawang dinar.)

    saya teringin la nak guna dinar. hehe

    harap maklumbalas dari pengguna dinar kelantan.

    trima kasih.

    ReplyDelete
  2. Wslm..Penggunaan Dinar di Kelantan masih di peringkat permulaan..Penggunaannya masih lagi tidak meluas untuk kawasan-kawasan utama komersial..

    Untuk harga dalam dinar kelantan mengikut sukatan matawang ringgit,bolehlah dirujuk secara lebih mendalam ke unit ekonomi kerajaan negeri kelantan..

    ReplyDelete